Dato’ Saiful Bahar Arshad |
Shah Alam,
14 Januari 2026.
- Seperkara yang penting seminggu ini adalah Isu mengisi kekosongan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) setelah Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU mengesah dan menerima perletakkan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari Isnin lalu.
Perletakkan jawatan tersebut memberi ruang kepada Parti PAS menamakan Presiden PAS, Tan Sri Hj. Hadi Awang atau pemimpin PAS yang lain sebagai Pengerusi PN.
- Di dalam berhadapan dengan Isu ini, parti PAS seolah-olah berhadapan dengan Satu Dilema, siapa tokoh yang perlu di ketengahkan sebagai Calon Pengerusi PN.
Keadaan bertambah parah, apabila di Mesyuarat MPT BERSATU ketetapan telah di ambil, agar BERSATU hanya menyokong percalunan dari Presiden PAS sahaja sebagai Pengerusi PN.
Adakah ini bermakna sekiranya PAS mencalunkan Datuk Seri Dr. Ahmad Shamsuri, Naib Presiden PAS sebagai Pengerusi PN, cadangan ini akan di tolak ?
Agak menarik situasi ini.
- Manakala parti Gerakan dan parti MIPP, Ahli Gabungan di dalam PN kelihatan seolah-olah tidak berapa yakin sekiranya pemimpun PAS yang menerajui Perikatan Nasional.
Ini berdasarkan kepada andaian bahawa pengundi-pengundi bukan Melayu akan tidak berminat mengundi PN sekiranya di terajui oleh pemimpin dari parti PAS.
- Situasi ini sebenarnya memberi peluang kepada PAS bukan sahaja memimpin Perikatan Nasional tetapi menghakis pandangan kononnya PAS tidak akan dapat memikat pengundi-pengundi bukan Melayu pada PRU ke 16 kelak.
Ini merupakan TASKING terbesar Pengerusi Perikatan Nasional yang baru.
- Mengenai Isu ini, saya amat tertarik membaca tulisan Tan Sri Annuar Musa yang di hantar kepada saya hari ini.
Tulisan beliau menjelaskan bahawa pemimpin-pemimpin tertinggi Perikatan Nasional sedang mengadakan pelbagai pertemuan berunding bagaimana mahu mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PN.
Di fahamkan mereka sedang menyusun Strategi bagaimana mahu menyelesaikan Isu ini agar Perikatan Nasional kembali kuat, gagah dan bersedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 16.
- Menurut Tan Sri Annuar Musa, Perikatan Nasional perlu di garapkan dengan THE WINNING FORMULA ataupun di garap dengan FORMULA MENANG-MENANG terutama ketika Rakyat sedang marahkan Kerajaan Madani ini.
Ini memberi peluang terbaik untuk Perikatan Nasional kembali semula sebagai Kerajaan Persekutuan.
- Tan Sri Annuar juga seterusnya menjelaskan bahawa kepakaran Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam mengemudi Perikatan Nasional harus terus di manafaatkan.
Berkemungkinan di dalam kapasiti sebagai Pengerusi Majlis Presiden ataupun Chairman of The Presidential Council.
Walaupun idea Presidential Council telah di tolak sebelum ini, berkemungkinan sekiranya kuasa-kuasa Presidential Council di Re-Vamp dan di beri peranan yang lebih penting, ada kemungkinan Cadangan ini dapat di tengok semula ataupun di RE-VISIT (dilihat semula).
- Kesimpulannya, akhirnya terserah kepada Ke Empat-Empat Presiden Parti iaitu Presiden BERSATU, Presiden PAS, Presiden Gerakan dan Presiden MIPP untuk menentukan Hala Tuju yang terbaik bagi Perikatan Nasional, menghadapi Pilihanraya Umum ke 16 kelak.
SEKIAN.



