Musa Hassan diperintah bayar Hannah Yeoh RM250,000 isu Kristianisasi

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menang dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Justeru, Musa diperintah membayar ganti rugi RM250,000 kepada Hannah Yeoh yang juga ahli Parlimen Segambut kerana memfitnahnya berhubung isu Kristianisasi dalam sebuah forum di Universiti Teknologi Mara (UiTM), enam tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Azimah Omar sebulat suara membenarkan rayuan Hannah Yeoh berkaitan kenyataan fitnah di sebuah forum di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Hakim Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Dr Shahnaz Sulaiman turut bersidang bersama Azimah, lapor media di Putrajaya pada Selasa.

Pada 17 Oktober 2025 lalu, mahkamah selesai mendengar hujahan rayuan daripada kedua-dua pihak.

Pada 23 Disember 2024, Mahkamah Tinggi menolak saman Hannah selepas mendapati beliau gagal membuktikan bahawa kenyataan Musa adalah fitnah.

Pada 2020, Hannah yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan memfailkan saman terhadap Musa berhubung kenyataan di forum itu pada 30 Januari 2020.

Hannah mendakwa Musa, dalam ucapannya antara lain menuduh beliau menulis bukunya yang bertajuk ‘Becoming Hannah’ dengan tujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian, mempunyai hubungan dengan mubaligh Kristian dan Yahudi untuk menjejaskan agama Islam serta Malaysia, dan mengutamakan kepentingan peribadi beliau berbanding negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat