Bila nak terajang penyakau geng sendiri ke Sungai Buloh? – Isham Jalil tanya Anwar

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil menempelak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa ‘tidak berjaya’ membanteras rasuah seperti dilaungkan.

Isham malah membidas Anwar supaya tidak lagi canang untuk membanteras rasuah sekiranya geng sendiri terpalit skandal.

“Bila nak terajang penyakau-penyakau geng sendiri ke Sungai Buloh?

“Letak jawatan saja tak cukup, kena siasat dan caj, jika sabit, penjara.

“Jika tidak, kamu tak payah cerita pasal terpaling banteras rasuah lagilah Anwar. Buang masa. Dan sembang ketimbang. Takda orang percaya kecuali geng basah kepala kamu saja yang suka dikencing yang percaya.

“Jangan double standard. Jangan hipokrit. Cakap lain buat lain,” selar Isham dalam hantaran di Facebooknya.

Perdana Menteri sebelum ini mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak sesekali mengizinkan mana-mana menteri atau pemimpin dalam Kerajaan Perpaduan melakukan budaya menyakau duit rakyat.

Anwar berkata, beliau menganggap amalan tersebut sebagai satu perkara yang penting dan perlu dihapuskan dalam pentadbiran kerajaan yang dipimpinnya.

“Saya tak bagi izin mana-mana pemimpin sakau duit rakyat. Saya tak bagi izin kalau mana-mana menteri atau pemimpin Kerajaan Perpaduan.

“Kalau saya tau (tahu) sakau-sakau, saya akan terajang masuk penjara Sungai Buloh. Yang tu bagi saya penting kerana semua cakap boleh…tapi bila ada kuasa, semua sapu.

“Saya minta kawan-kawan tolong perhatikan kerana kita tiada masa nak terangkan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat