Shamsul Iskandar lepas jawatan SUPOL PM demi jaga imej Kerajaan Madani

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin umum letak jawatan sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri.

Tegas beliau tindakan lepas jawatan itu atas tujuan mempertahankan diri daripada diserang sehingga boleh merosakkan imej Kerajaan Madani.

“Saya difahamkan ada percubaan untuk menyerang saya dengan perkara yang boleh merosakkan imej kerajaan Madani.

“Justeru saya mengambil keputusan untuk mempertahankan diri saya daripada serangan ini.

“Saya juga pagi tadi telah menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam hantaran di X pada Selasa.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas kepercayaan yang diberikan kepada beliau.

Sementara itu memetik Malaysiakini, Ahli perniagaan Albert Tei, yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, membongkar maklumat mengejutkan beberapa hari sebelum pilihan raya negeri.

Tei kini mengaitkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar dalam skandal perlombongan itu.

Tei mendakwa dia memberikan RM629,000 kepada Shamsul atas alasan diyakinkan boleh mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat