Umno bagai pohon rendang, Asyraf Wajdi perjelas kunjungan NGO Melayu

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asyraf Wajdi menyatakan, sebagai Setiausaha Agung Umno beliau perlu meraikan sesiapa sahaja yang mahu berkunjung ke Ibu Pejabat Umno di Menara Dato Onn WTC, tanpa mengira fahaman dan dokongan politik mereka.

Ujar Pengerusi Mara itu, Umno ini bagaikan pohon yang rendang, menerima sesiapa sahaja yang mahu tumpang berteduh.

“Kalaupun ada sebiji dua yang berbuah, kami pasti kongsinya bersama tetamu walaupun kadangkala pohon ini diherdik dan dilontarkan batu.

“Alhamdulillah, pertemuan bermakna dengan pimpinan utama NGO-NGO Melayu-Islam kelmarin berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat ukhuwah yang tinggi.

“Semuanya punya matlamat yang sama untuk terus memartabatkan agenda Islam dan Melayu dalam kerangka negara yang berbilang kaum dan agama. Yang membezakan hanyalah pendekatan dan cara. Yang penting saling menghormari, bertoleransi dan berlapang dada,” katanya.

Asyraf menjelaskan, semua sepakat untuk mengorak langkah ke arah kerjasama yang lebih utuh dan berusaha ke arah penyatuan ummah yang luhur.

“Moga Allah rahmati dan permudahkan segala usaha permuafakatan atas landasan iman dan takwa demi manfaat kepada ummah keseluruhannya.

Sebelum itu, beberapa NGO Melayu diketuai Perkasa menggesa Umno menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) atau menjalin semula hubungan dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU16.

Dalam kenyataan, Presiden Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, desakan itu disampaikan semalam dalam pertemuan antara pihaknya bersama 16 NGO Melayu dengan pimpinan Umno diketuai Setiausaha Agung Datuk Asyraf Wajdi Dusuki di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur.

“Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menyampaikan harapan agar Umno tidak bekerjasama lagi dengan DAP, PKR dan Amanah pada PRU16 yang dijangka diadakan lebih awal, hujung tahun depan.

“Kami juga sampaikan harapan agar Umno tidak bertanding solo dan perlu menjalinkan kerjasama dengan PN atau hidupkan semula MN jika Bersatu terus bergolak,” katanya.

Menurut Syed Hassan, pertemuan itu turut membincangkan isu semasa membabitkan kepentingan Islam, Melayu dan negara yang didakwa digugat oleh DAP, selain menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pendirian Umno dalam menangani perkara tersebut.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat