MCMC Larang Sebaran Gambar Mangsa Insiden Tikaman Pelajar

Cyberjaya, – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun yang maut dalam insiden tikaman tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC menggesa orang ramai supaya bertanggungjawab dan tidak berkongsi, memuat naik atau menghantar semula sebarang kandungan berkaitan mangsa, termasuk gambar dan video yang memaparkan pelajar terlibat, individu lain atau lokasi kejadian.

MCMC turut menasihatkan mereka yang telah memuat naik kandungan sedemikian agar segera memadamkan hantaran berkenaan bagi menjaga sensitiviti keluarga serta kelancaran siasatan pihak berkuasa.

“Perbuatan menyebarkan gambar atau video mangsa bukan sahaja melanggar privasi dan maruah keluarga terlibat, malah boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM),” kata kenyataan itu.

MCMC juga mengingatkan bahawa tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mana-mana individu yang mengedarkan kandungan tidak wajar di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat