Ridhuan Tee minta DAP perkukuhkan bahasa Melayu di SJKC

KUALA LUMPUR – Profesor Datuk Dr. Ridhuan Tee Abdullah mempersoalkan tindakan DAP yang menurutnya terlalu sibuk mendesak pengajaran Bahasa Cina (ed. Mandarin) di PASTI (tadika PAS), tetapi tidak serius memperjuangkan usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Beliau berkata, ketika ini masa pengajaran Bahasa Melayu di SJKC hanya sekitar 180 minit seminggu, dan apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mencadangkan penambahan kepada 240 minit, ia turut mendapat tentangan hebat daripada pihak tertentu.

“Tidakkah DAP tahu majoriti pelajar SJKC tidak boleh berkomunikasi langsung dalam Bahasa Melayu? Saya tahu sebab anak saya sendiri pernah belajar di SJKC,” katanya dalam tulisan terbaru.

Ridhuan Tee turut menyifatkan DAP sebagai tidak konsisten apabila lebih prihatin terhadap pengajaran Bahasa Cina (ed. Mandarin) di sekolah kebangsaan berbanding usaha memastikan anak-anak Cina benar-benar menguasai bahasa kebangsaan.

“Jika benar mahu belajar Bahasa Cina (ed. Mandarin) sepenuhnya, pergilah belajar di China, bukan di Malaysia. Bahasa negara di sini adalah Bahasa Melayu,” tegas beliau.

Menurutnya, sikap DAP yang lebih mengutamakan bahasa ibunda semata-mata sambil menolak penambahbaikan subjek Bahasa Melayu hanya akan melemahkan agenda pembinaan negara bangsa.

Beliau mendakwa, sejak dahulu lagi DAP, MCA dan Gerakan lebih lantang menuntut kerajaan meningkatkan bantuan kepada sekolah aliran Cina, namun tidak pernah tampil mendesak supaya masa pengajaran Bahasa Melayu ditambah kepada tahap lebih munasabah seperti 500 minit seminggu.

“Sudah sampai masanya kerajaan bertegas. Jangan kerana kemaruk undi, kita gadaikan kepentingan negara. Perjuangan membina perpaduan mestilah berasaskan penguasaan Bahasa Melayu,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat