Banglo 289 rai ‘Triple Celebration’ buka cawangan baharu di IOI City Mall Putrajaya

PUTRAJAYA – Restoran Banglo 289, jenama masakan kampung autentik dengan tagline “Masakan Kampung, Chara Orang Dulu-Dulu”, meraikan detik istimewa menerusi sambutan Triple Celebration bersempena pembukaan rasmi cawangan ketiga di IOI City Mall, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Infra Alfa Sdn Bhd, pemilik jenama Banglo 289, Shareen Farzida Sukri berkata acara ini juga bertepatan dengan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68 serta ulang tahun ketiga penubuhan Banglo 289 sejak pelancaran sulungnya di Jalan Raja Chulan.

“Pembukaan ini di Putrajaya bukan sekadar menambah cawangan baharu. Ia adalah usaha kami menawarkan pengalaman menikmati masakan kampung yang sebenar pada harga setara makanan di restoran segera tetapi tanpa kompromi dari segi kesegaran, kualiti dan rasa,” katanya.

Antara menu ikonik yang menjadi tarikan pelanggan termasuk Daging Salai Masak Lemak Cili Api, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas, ulam-ulaman, kuih muih tradisional serta lebih 50 jenis lauk kampung yang dimasak segar setiap hari.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Banglo 289, Ain Razali, keunikan restoran ini terletak pada komitmen mengekalkan keaslian rasa kampung.

“Semua bahan dan ramuan diperoleh segar dari pasar setiap pagi. Malah daging salai yang menjadi kegemaran pelanggan turut disalai sendiri. Setiap hidangan dimasak dalam kuantiti kecil secara berperingkat agar pelanggan menikmati sajian panas terus dari dapur,” jelasnya.

Dengan lokasi strategik di IOI City Mall yang menjadi tumpuan warga Putrajaya, Bangi, Kajang dan kawasan sekitar, cawangan baharu ini dijangka memperkukuh kedudukan Banglo 289 sebagai destinasi pilihan keluarga untuk menikmati masakan kampung autentik dalam suasana moden dan mesra pelanggan.

“Triple Celebration ini pembukaan cawangan baharu, sambutan Merdeka dan ulang tahun ketiga adalah tanda penghargaan kami buat semua pelanggan yang setia bersama Banglo 289,” tambah Shareen.

Dengan pengembangan terbaharu itu, Banglo 289 mengukuhkan lagi jenamanya sebagai destinasi utama pencinta masakan kampung di Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat