MANDIRI Kecam Penahanan Aktivis Mahasiswa di Bawah Akta Hasutan 1948

- Advertisement -

KOTA KINABALU, 24 Jun – Gerakan mahasiswa MANDIRI mengecam keras tindakan pihak polis menahan tiga aktivis mahasiswa Fadhil Kasim, Aliff Danial, dan Sabir Syarifuddin yang terlibat dalam himpunan Gempur Rasuah Sabah 2.0 baru-baru ini.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh jurucakap MANDIRI, Wong KuKui, ketiga-tiga aktivis itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kepayan untuk membantu siasatan berhubung insiden simbahan asid ke atas kenderaan mereka. Namun, tanpa sebarang penjelasan yang munasabah, mereka telah ditahan dan kini disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

MANDIRI menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak asasi manusia.

“Akta lapuk warisan penjajah ini sepatutnya sudah lama dimansuhkan seperti yang dijanjikan oleh kerajaan sedia ada. Namun sebaliknya, ia terus digunakan untuk membungkam suara rakyat, termasuk mahasiswa yang lantang melawan rasuah,” tegas Wong.

Lebih membimbangkan, MANDIRI turut menerima maklumat bahawa terdapat unsur kekasaran polis terhadap tahanan sesuatu yang dianggap sangat mengecewakan berlaku di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, MANDIRI membuat tiga tuntutan utama:

  1. Membebaskan Fadhil, Aliff, dan Sabir serta-merta.
  2. Menghentikan segala bentuk kekasaran dan intimidasi terhadap aktivis mahasiswa.
  3. Memansuhkan segera Akta Hasutan 1948.

Wong turut mengingatkan kerajaan bahawa tekanan sebegini tidak akan melemahkan semangat anak muda.

“Intimidasi begini tidak akan menakutkan mahasiswa, malah hanya membakar lagi semangat perjuangan mereka. Makin ditekan, makin melawan.”

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat