KPDN tak akan ambil tindakan terhadap kedai makan, dobi layan diri guna LPG sehingga 31 Oktober

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan tiada penguatkuasaan Op Gasak terhadap peniaga mikro yang menyediakan perkhidmatan terus kepada pengguna, termasuk dobi layan diri dan kedai makan sehingga 31 Oktober depan.

Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh pemakluman ini sekali gus menjawab kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan peniaga mikro yang menggunakan subsidi gas petroleum cecair (LPG).

“Setakat ini harus saya beri penegasan bahawa tindakan tidak akan diambil ke atas kedai makan minum kecil, kedai tepi jalan dan juga dobi layan diri sehingga habis Op Gasak ini

“Sekiranya penguat kuasa turun pandang, ia lebih kepada mengutip maklumat dan data. Malah libat urus tadi pun juga sebahagian cara kita mengutip data sebab kita mahu tahu macam mana penggunaan (LPG) dan sebagainya kerana kesannya terus kepada pengguna,”memetik BH di Johor Bahru pada Khamis.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Penguatkuasaan dan Advokasi Kepenggunaan bersama pemain industri di Johor.

Mengulas lanjut, Fuziah berkata data dan maklumat dikumpulkan melalui kehadiran penguat kuasa KPDN ke premis akan dijadikan syor kepada Kabinet untuk melihat semula pindaan Akta Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (pindaan) 2021.

Dalam pada itu, beliau menegaskan pemilik kedai yang menyimpan lebih daripada tiga tong gas 14 kilogram (kg) LPG bersubsidi perlu memohon permit Kawalan Barangan Berjadual untuk keselamatan.

“Cuma sebelum ini, dalam pindaan Akta ini kita lihat peraturannya apabila mereka memohon permit, mereka perlu guna (LPG) tanpa subsidi. Oleh kerana itu kita kena melihat semula.

“Jadi sekarang ini kita juga akan lihat sistem dan pastikan bahawa mereka perlu memohon permit tetapi ia tidak mewajibkan mereka guna gas tanpa subsidi.

“Libat urus tadi amat bagus kerana dia membuka ruang untuk mereka bertanya soalan dan masalah-masalah yang mereka tidak jelas berkenaan dengan lesen. Lesen ni penting sebab keselamatan, sekali gus memastikan tiada ketirisan gas bersubsidi berlaku dalam industri,” katanya.

Sejak 1 Mei lalu, KPDN mengumumkan pelaksanaan Op Gasak bagi mengekang ketirisan serta penyelewengan LPG bersubsidi khususnya membabitkan industri berskala sederhana dan besar.

Selain itu, ia bertujuan membanteras penyelewengan melalui aktiviti haram pemindahan LPG dari tong bersubsidi kepada tong tidak bersubsidi untuk jualan komersial dan penyeludupan.

Pelaksanaan Op Gasak sehingga 31 Oktober depan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada di bawah PPKB (Pindaan) 2021 yang berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat