Menang atau kalah pastikan agenda reformasi terus menyala – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menang atau tewas semua calon tetap mempunyai peranan dalam membina kekuatan PKR serta memastikan agenda reformasi terus menyala.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, fokus semua pimpinan dan anggota selepas berakhir pemilihan harus tertumpu pada usaha mempersiapkan parti menempuh pilihan raya akan datang.

“Usai mesyuarat di Kota Iskandar, saya berkesempatan singgah ke bandar Johor Bahru untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anggota PKR dalam pemilihan kali ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan teratur.

“Saya berharap para perwakilan menilai keupayaan calon untuk memperkukuh parti dan membawa obor perjuangan ke tingkat tertinggi dalam membuat keputusan.

“Menang atau tewas, semua calon tetap punyai peranan dalam membina kekuatan PKR serta memastikan agenda reformasi terus menyala.

“Selamat berkongres kepada seluruh perwakilan PKR. Insya-Allah, nantikan ucapan dasar saya malam ini,” kata Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat