Pak Hassan seru saya tanding Timbalan Presiden PKR, marah atau tidak hormat tak pernah pudar – Izzah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar menyanggah dakwaan kononnya beliau dan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berselisih faham dan tidak sebulu.

Anak sulung Anwar itu berkongsi momen menyeduh kopi bersama Hassan sebagai bukti hubungan mereka baik-baik saja.

“Adalah suatu pandangan yang dangkal mengatakan bahawa saya dan Pak Hassan berselisih faham.

“Pak Hassan ini seorang rebel, with a cause. Beliau lah yang kritik khidmat saya semasa di PMO, sebelum saya berundur dan menyerah tugasan kepada Nurhisham Hussein, ketika itu Pengarah Ekonomi & CSO KWSP.

“Dan beliau jugalah yang menyeru saya masuk gelanggang bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR.

“Marah atau tidak, tidak pernah pudar rasa hormat saya kepada Pak Hassan. Kita raih dana daripada orang ramai, untuk kita penuhi keperluan khidmat, termasuklah wang deposit, ketika PKR susah satu ketika dahulu.

“Kopi ini sememangnya keras, namun kerasnya kita tempuhi bersama.

“Selamat menunaikan ibadah haji, Pak Hassan dan isteri. Sama-sama kita saling mendoakan,” ucap Nurul Izzah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat