MA63 adalah perjuangan tanpa mengenal parti, namun perlu jalan sederhana untuk berjaya – Salleh Said Keruak

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Perjuangan untuk menuntut hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah perjuangan semua rakyat Sabah tanpa mengira parti yang berbeza hanya jalan mencapainya.

Menurut Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak, ada kumpulan memilih jalur keras, manakala sebahagian lagi memilih jalur sederhana

“Satu pendekatan sederhana yang menekankan dialog dan persefahaman, serta satu lagi pendekatan ekstrem yang lebih bersifat konfrontasi dan retorik

Bagi bekas Ketua Menteri Sabah itu, walaupun pendekatan ekstrem sering kali mendapat perhatian kerana lantangnya kritikan terhadap Kerajaan Persekutuan, namun pendekatan sederhana lebih berkesan dalam menghasilkan keputusan yang berkekalan.

“Sejarah membuktikan bahawa banyak kemajuan bermakna mengenai MA63, seperti pemulangan kuasa dan hasil, dicapai melalui diplomasi dan saluran rasmi, bukan dengan tekanan yang berlebihan atau konfrontasi,” tulis beliau.

Salleh juga menegaskan bahawa isu MA63 bukanlah milik mana-mana parti politik, sebaliknya adalah hak bersama rakyat Sabah.

Oleh itu, ia harus ditangani secara non-partisan, tanpa mengorbankan kestabilan politik atau keharmonian sosial negeri ini.

Menurut Salleh, memilih jalan sederhana bukanlah satu bentuk kelemahan, tetapi satu tanda komitmen terhadap penyelesaian yang praktikal dan jangka panjang.

Dalam sistem Persekutuan, keupayaan untuk berunding dan membina kepercayaan bersama jauh lebih berkesan daripada memutuskan hubungan atau menimbulkan perpecahan, tambahnya.

Dengan memilih pendekatan yang seimbang, Salleh percaya bahawa ia memberi peluang terbaik untuk membawa manfaat yang sebenar dan berkekalan kepada rakyat Sabah, menjamin masa depan yang lebih cerah dan harmoni untuk negeri ini.-Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat