Elit berkuasa di Putrajaya tak kenal ahli ranap dalam pemilihan PKR, ini revolusi demokrasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya PKR kali ini dilabel sebagai satu revolusi demokrasi apabila politik elit dan politik kartel dimusnahkan oleh kuasa undi akar umbi.

Ahli Parlimen Pasir Gudang yang juga wakil rakyat PKR Hassan Abdul Karim menegaskan, akar umbi PKR bangkit musnahkan politik elit dan politik kartel dalam PKR.

“Itulah rumusan yang saya dapat simpulkan apabila ramai pemimpin-pemimpin yang menang dalam pemilihian PKR 3 tahun lalu (2022) atas platform kartel “Ayuh Malaysia” yang cuba menyisihkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kini dalam pemilihan PKR 2025 yang baru berlangsung menemui kekalahan mengejut ramai tokoh-tokoh besar ” Ayuh Malaysia” di tangan calon-calon akar umbi yang tak ada nama, tak ada jawatan Menteri atau Timbalan Menteri atau bukan jawatan Ahli Parlimen,” kata Hassan.

Menurut beliau, tokoh-tokoh yang memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri atau Ahli Parlimen, (sesetengahnya bukan semuanya) tiba-tiba menjadi elit yang berkuasa di koridor kuasa di Putrajaya.

“(Mereka) susah dihubungi, tidak mesra lagi dengan anggota biasa PKR yang gantung poster mereka semasa tokoh-tokoh itu jadi calon pilihan raya umum, tak turun kawasan, tak kenal lagi ahli biasa, panggilan telefon atau sms atau WhatsApp tidak lagi dijawab, malah exit tinggalkan grup WhatsApp ahli ahli biasa PKR yang menyokong mereka selama ini.

“Tokoh-tokoh besar ini akhirnya tahu tinggi rendah langit apabila mereka dihukum dalam pemilihan secara demokratis dalam pilihan raya PKR,” bidas beliau.

Justeru kata Hassan, pilihan raya PKR sekarang adalah satu revolusi demokrasi di peti undi secara digital tercanggih.

“Pemilihan melakukan pembersihan di dalam kepimpinan di peringkat 222 cabang di seluruh negara di seluruh kawasan Parlimen Malaysia telah berjaya membuang politik kartel dan politik elit yang telah merosakkan PKR dalam beberapa tahun terakhir ini sejak PKR menjadi parti politik terpenting dalam kerajaan yang sedang memerintah sama ada di dalam Kerajaan Persekutuan di Putrajaya atau kerajaan-kerajaan negeri,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat