Perak mohon RM20 juta daripada Putrajaya untuk teroka NRREE

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perak memohon peruntukan RM20 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk menerokai sumber mineral di negeri tersebut sebagai usaha menjana pendapatan baharu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri membuat keputusan tersebut bagi membolehkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mengkaji dan meneroka taburan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) di Perak.

“Usaha ini untuk pastikan bukan sahaja taburan NRREE, tetapi dimaklumkan ada banyak lagi mineral-mineral baharu yang jika dapat dikenal pasti tempatnya.

“Maka Insya-Allah NRREE menjadi sumber pendapatan baharu untuk kerajaan negeri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Tiw Tee Siang (DAP-Tronoh) mengenai perlombongan NREE dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Ipoh pada Khamis.

Saarani berkata berdasarkan kajian awal oleh JMG, terdapat empat daerah berpotensi mempunyai sumber NRREE iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Kinta dengan jumlah rizabkira-kira 1.7 juta metrik tan.

“Bagaimanapun, sebanyak 70 peratus sehingga 80 peratus daripada kawasan yang berpotensi mempunyai rizab NRREE ini terletak di dalam kawasan Hutan Simpan,” katanya lapor Utusan.

Sementara itu beliau berkata, terdapat tiga kes perlombongan haram NRREE yang telah ditangkap hasil kerjasama pelbagai pihak berwajib di negeri ini dari tahun 2019 hingga 2023.

Jelasnya, kes tangkapan melibatkan perlombongan haram di Hutan Simpan Bintang Hijau, Hutan Simpan Kenderong dan Hutan Simpan Ulu Piah di daerah Hulu Perak, membabitkan 10 warga tempatan serta 21 warga asing yang diambil tindakan mengikut Akta Perhutanan dan Akta Imigresen.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat