“Simbolik untuk maju bersama China, Malaysia mungkin perlu korbankan identiti Islam ?”

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketiadaan bulan sabit didakwa menanggalkan identiti Islam dalam simbol negara.

Hal ini sangat signifikan kerana bulan sabit adalah elemen utama yang membezakan Jalur Gemilang daripada bendera lain.

Penceramah kewangan Dr Azizul Azli Ahmad berkata, beberapa tafsiran boleh dibangkitkan secara kritis berdasasarkan analisis semiotik terhadap visual muka depan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 15 April 2025 itu.

Jelas beliau, ilustrasi bendera kebangsaan Jalur Gemilang tanpa bulan sabit bukan satu kecuaian tetapi strategi yang membabitkan identiti dan imej negara.

“Berdasarkan analisis semiotik terhadap visual muka depan akhbar Sin Chew Daily bertarikh 15 April 2025, beberapa tafsiran yang boleh dibangkitkan secara kritis dan simbolik iaitu bendera Malaysia tidak sempurna (tanpa bulan sabit) memberi makna yang tersembunyi:ketiadaan bulan sabit menanggalkan identiti Islam dalam simbol negara. Ini sangat signifikan kerana bulan sabit adalah elemen utama yang membezakan Jalur Gemilang daripada bendera lain.

“Tafsir semiotik ini boleh dibaca sebagai satu bentuk “de-Islamisasi visual”, yang mencetuskan persoalan tentang naratif kebangsaan yang ingin dibentuk oleh media tersebut adakah ia mengangkat Malaysia dalam bentuk sekular, neutral agama, atau sedang menormalkan pengguguran simbol Islam?

“Manakala kapal bersama bendera Malaysia dan China menggambarkan metafora ‘kapal’ -simbol klasik dalam semiotik yang menggambarkan perjalanan, kerjasama, dan hala tuju bersama. Dalam konteks ini “kapal persahabatan Malaysia-China menuju masa depan yang lebih baik” naratif ini cuba menggambarkan kerjasama dua hala sebagai sesuatu yang harmoni dan positif.

“Namun, dengan bendera Malaysia yang tidak lengkap, kapal itu kelihatan membawa sebuah identiti Malaysia yang sudah diubah atau baru seolah-olah dalam perjalanan itu, Malaysia perlu ‘menanggalkan’ identitinya untuk selari dengan China. Bulan sabit simbol Islam ditinggalkan,” ujarnya dalam hantaran di Facebook.

Selain itu menurut Azizul lagi, keseimbangan visual dan dominasi China secara visual, bendera China kelihatan lengkap dan berkibar tegak, manakala bendera Malaysia sudah hilang sebahagian elemen.

“Ini mencipta simbolik bahawa dalam hubungan ini China tampil sebagai entiti yang utuh, kuat, dan beridentiti penuh.

“Malaysia pula tampil sebagai rakan yang tidak seimbang dari segi identiti atau posisi.

“Dari aspek ideologi dan agenda media pemilihan imej ini dalam akhbar arus perdana Cina di Malaysia menimbulkan persoalan yakni adakah ini bentuk soft power influence? adakah ia disengajakan sebagai ujian sensitiviti atau normalisasi visual Malaysia tanpa elemen Islam?
Atau satu bentuk simbolik kerelaan tunduk kepada naratif luar? soal beliau lagi.

Azizul yang juga pakar kewangan dan penceramah motivasi membuat kesimpulan semiotik bahawa imej ini adalah satu komunikasi simbolik yang kompleks, dan walaupun diselitkan dalam semangat ‘persahabatan’, ia boleh membawa mesej iaitu “untuk maju bersama China, Malaysia mungkin perlu mengorbankan sebahagian identitinya.”

“Begitulah,Setelah 68 tahun merdeka, apakah kita masih belum kenal bendera negara sendiri? Halus permainannya.

“Apabila media dengan sengaja memanipulasi simbol kebangsaan, ia bukan lagi sekadar penyampai berita tetapi menjadi alat pembentukan realiti baharu yang memadam identiti asal demi menanam naratif ideologi tertentu. Ini bukan kecuaian; ini strategi.

“Apabila media menghilangkan sebutir bulan dari bendera bangsa, itu bukan sekadar kehilangan bentuk itu adalah permulaan kepada kehilangan makna.

“Di situlah mereka mula menulis semula negara, bukan dengan kata-kata, tetapi dengan imej yang memadam akar dan menggantinya dengan kehendak kuasa,” tafsir beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat