Jika ikhlas perjuangkan Melayu, bubar Bersatu kembali kepada Umno – Ismail Lasim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika Bersatu ikhlas perjuangkan Melayu, mereka perlu membubarkan parti itu dan kembali semula ke pangkuan Umno.

Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim berkata, Bersatu hanyalah melemahkan kuasa politik orang Melayu dengan menjadi sebuah parti serpihan yang tidak mempunyai hala tuju jelas.

“Bersatu bukanlah natijah kepada usaha untuk memperkukuh bangsa Melayu, sebaliknya hanya melemahkan kuasa politik orang Melayu dengan menjadi parti serpihan yang tiada hala tuju jelas.

“Pemimpin-pemimpin yang menubuhkan Bersatu adalah mereka yang gagal dalam Umno… dipenuhi dengan jiwa kekecewaan yang tinggi. Mereka tidak membawa agenda baharu.

“Hanya menggunakan sentimen emosi untuk menyerang Umno demi kepentingan peribadi. Kini, parti tersebut hilang arah dan semakin muflis sokongan rakyat,” katanya memetik laporan Umno Online.

Mengulas lanjut beliau turut menasihatkan agar tidak membiarkan ego dan dendam politik menjadi punca perpecahan yang akhirnya merugikan bangsa.

“Ia jelas dapat dilihat apabila Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin sendiri menyatakan hasrat bahawa parti itu terbuka untuk bekerjasama dengan Umno.

“Kesimpulannya, pemimpin Bersatu tidak benar-benar ikhlas dalam perjuangan Melayu. Jika ikhlas, mereka harus akui kesilapan dan kembali ke pangkuan Umno. Jangan biarkan ego dan dendam politik menjadi punca perpecahan yang merugikan bangsa,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, Bersatu bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan musuh ketatnya, Umno demi mencapai matlamat perjuangan politik.

Hamzah berkata, tiada sebab bagi Umno dan Bersatu untuk terus berpecah jika mereka berkongsi perjuangan dan wadah politik yang sama.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang menegaskan, asas matlamat perjuangan yang sama sepatutnya membolehkan Bersatu dan Umno duduk semeja.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat