Umno nafi gantung kain rentang Bebas Najib-Hormat Titah Addendum di Ayer Kuning

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Bahagian Tapah membuat laporan polis menafikan terlibat dalam pemasangan kain rentang ‘Bebas Najib – Hormat Titah Addendum’ seperti yang dikesan di beberapa lokasi di Ayer Kuning, Perak.

Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Tapah Syed Afzarizal Syed Salim berkata, semakan segera telah dilakukan dan mendapati tiada mana-mana ahli di peringkat bahagian dan cawangan mengeluarkan kain rentang tersebut.

“Walaupun terdapat lambang Umno pada kain rentang itu, tetapi parti sama sekali tidak terlibat.

“Ini bermakna ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebar fitnah dan berniat jahat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN),” katanya lapor Sinar Harian di Tapah.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah pada Isnin.

Beliau berkata, Umno Bahagian Tapah sentiasa berpegang dan menghormati institusi kehakiman terutama dalam isu pembebasan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, tindakan pemasangan kain rentang itu boleh menimbulkan persepsi seolah-olah Umno dan BN tidak bersama dalam perihal tersebut.

“Kita tidak mahu perkara ini menjadi isu lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti,” jelasnya.

Akhbar itu difahamkan, semua kain rentang tersebut telahpun diturunkan Majlis Daerah Tapah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April ini, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 April.

Kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning (N48) berlaku susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 59, selepas rebah ketika menyertai perlawanan bola sepak di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Pada PRU15, Ishsam mewakili BN menang dengan 2,213 majoriti undi iaitu dengan 9,088 bilangan undi dalam pertembungan lima penjuru, mendahului calon Pakatan Harapan (PH) (6,875), Perikatan Nasional (PN) (6,812), Parti Pejuang Tanahair (105) dan Parti Sosialis Malaysia (586).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat