Titah Addendum: Bantahan awal Najib terhadap permohonan Peguam Negara ditolak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini menolak bantahan awal Datuk Seri Najib Razak terhadap permohonan Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri itu memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung Titah Addendum ke Mahkamah Tinggi.

Pada 6 Januari lalu, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Addendum bertarikh Januari tahun lalu.

Titah Addendum berkenaan dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjaranya bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, sebulat suara menolak bantahan awal Najib yang diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Turut bersidang ialah Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Hanipah Farikullah, lapor BH di Putrajaya pada Isnin.

Pada 3 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, sebelum bekas Ahli Parlimen Pekan itu merayu keputusan berkenaan di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong dakwaan Najib, termasuk kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, adalah khabar angin serta tidak boleh diterima sebagai bukti.

Prosiding hari ini bersambung dengan mendengar permohonan Peguam Negara, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar, mengemukakan hujahan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat