Anwar cadang ASEAN struktur semula ekonomi, urus perbezaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi pleno di Sidang Kemuncak ASEAN Ke-44 menyatakan soal keperluan untuk ASEAN menstruktur semula ekonomi dengan memusatkannya kepada kekuatan setiap negara anggota, selain berusaha menguasai rantaian bekalan serantau.

Perdana Menteri menegaskan, langkah ini penting untuk memperluas penerokaan potensi ASEAN dalam perdagangan dan memperkukuh daya tahan ekonomi serantau.

Ini sekali gus berupaya mencapai matlamat menjadikan ASEAN sebagai ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030, kata Anwar.

Selain itu beliau turut menegaskan, kepentingan untuk rakan-rakan anggota ASEAN mengutamakan dialog dan perbincangan dalam menguruskan perbezaan bagi terus ketegangan geopolitik dan polarisasi yang kian memuncak tidak memecahkan hubungan dan kerjasama ASEAN.

“ASEAN harus cekal dan kukuh pendirian dalam menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia bahawa blok ini akan kekal bersatu dan terus menjadi pemacu utama keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau ini,” katanya.

Dalam pada itu Anwar juga menzahirkan simpati buat rakyat Lao PDR, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam yang dibadai Taufan Yagi baru-baru ini.

“Malaysia menyatakan komitmen dan kesediaan untuk membantu usaha pemulihan rakan-rakan negara ASEAN yang terkesan dengan bencana ini,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat