KUALA LUMPUR – Kapal penyelamat milik Republik China, MV Chuan Hong 68 dilaporkan kembali semula mencuri skrap (besi buruk) secara haram bangkai kapal Perang Dunia Kedua (WW2) milik British di perairan laut Johor.
Sebelum ini media melaporkan terdapat dua kapal perang tenggelam di perairan laut Malaysia iaitu HMS Repulse serta HMS Prince of Wales di Laut China Selatan.
Dilaporkan sudah berlaku beberapa siri cubaan mencuri tinggalan kapal berkenaan termasuk daripada China dan nelayan Vietnam.
Kapal China itu sudah ditahan tahun lalu namun, kini dilaporkan kembali semula secara haram mencuri besi buruk dan tinggalan daripada dua bangkal kapal perang British itu.
Menurut akaun X,@NavyLookout penguatkuasa Malaysia mengesan kehadiran semula kapal penceroboh China itu meskipun sudah ditahan tahun lalu.
Bagaimanapun, setakat ini Kerajaan Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan terkait insiden pencerobohan itu.
Terdahulu, pengawal pantai Malaysia pernah menemui peluru meriam yang belum meletup di dalam kapal dengan nombor pendaftaran China itu, yang ditahan atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran pada Mei 2023.
Untuk rekod,ratusan kelasi British maut apabila kapal HMS Prince of Wales dan HMS Repulse diserang pesawat Jepun di perairan Laut China Selatan.
Serangan pada 10 Disember 1941 itu berlaku tiga hari selepas Jepun menyerang kapal Amerika Syarikat di Pearl Harbor, Hawaii.
Kementerian Pertahanan Britain mengutuk keras “perbuatan mencemari” perkuburan tentera maritim selepas laporan-laporan bahawa terdapat pihak yang menyasarkan bangkai dua kapal Perang Dunia II.