Penyeludup kecundang, TDM berhasil rampas 1500 karton rokok di sempadan Malaysia-Indonesia

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

TEBEDU – Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya membuat Rampasan Barang Bersama Tuan (RBBT) iaitu 30 kotak besar di sempadan Malaysia – Indonesia pada Isnin.

Menurut kenyataan Markas 1 Divisyen, Sub Unit Formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia telah melaksanakan rondaan pada jam 10.30 malam di tapak Gudang Lama yang dikenalpasti sebagai laluan tikus kira-kira 900 meter dari sempadan negara.

Beliau berkata, semasa anggota tentera melakukan rondaan, sebuah van Toyota bernombor pendaftaran QC 7589 yang dipandu oleh seorang warganegara Malaysia sedang membawa muatan dalam keadaan mencurigakan.

Ujarnya, anggota tentera bertindak menahan suspek bagi pemeriksaan dokumen dan barangan yang dibawa.

Hasil daripada pemeriksaan pihaknya mendapati suspek membawa bungkusan berwarna hitam berisi rokok, disyaki untuk diseludup ke Indonesia.

“Rokok yang dirampas berjumlah 30 kotak mengandungi 1,500 karton rokok pelbagai jenama itu keseluruhannya dianggarkan bernilai RM 95,000.

Susulan daripada itu, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Tebedu dan kesemua hasil rampasan telah diserahkan kepada pihak berkuasa polis, ”ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua anggota TDM yang berjaya menahan dan menyekat penyeludupan barang-barang ke negara Indonesia.

“Operasi akan diteruskan dalam tempoh 24 jam dalam membanteras penyeludupan barangan dan pencerobohan ke negara jiran, ”tambah kenyataan itu lagi. -SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat