Zahid nak pertahan kerajaan macam kedudukan Presiden Umno? – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Cegah Tukar Kerajaan yang dicadangkan Datuk Seri Zahid Hamidi disifatkan seolah-olah beliau tidak yakin kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan dua pertiga di Parlimen.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanya adakah Zahid tidak yakin dengan dakwaan Anwar itu?

“Atau apakah beliau begitu terdesak untuk kekal berkuasa sehingga bersedia untuk membelakangkan Perlembagaan dan demokrasi sama seperti yang dilakukannya bagi mempertahankan kedudukan sebagai Presiden Umno walaupun berlawanan dengan keputusan majoriti ahli dan akar umbi parti tersebut?

“PAS tertanya-tanya apakah faktor yang mendorong seorang pemimpin kanan dan veteran seperti Zahid membuat cadangan yang begitu novis, terutama sekali selepas Perdana Menteri berkali-kali mendakwa bahawa kerajaan pimpinannya mendapat sokongan lebih dua pertiga di Parlimen? soalnya.

Baru-baru ini Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri mencadangkan satu RUU penggal tetap Parlimen perlu diwujudkan agar pembentukan sesebuah kerajaan kekal sehingga akhir penggal atau sebelum pilihan raya umum (PRU) seterusnya diadakan.

Zahid yang menyarankan perkara itu berkata, langkah itu juga dapat menjamin kestabilan negara memandangkan kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing.

Katanya, pengalaman pahit lalu menyaksikan negara berdepan ketidakstabilan politik ekoran pertukaran tiga Parlimen dalam satu penggal sehingga menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat