Tebuk atap atau GPS tarik diri? Puad tanya PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Usaha kerajaan tebuk atap belum berakhir untuk menumbangkan kerajaan dakwa Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Puad Zarkashi.

Speaker DUN Johor itu mempersoalkan apakah kaedah yang akan digunakan pembangkang untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan seperti yang disebut Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PAS kembali memerintah tidak lama lagi.

“Maksudnya Kerajaan Perpaduan akan tumbang. Bagaimana? Mesti tebuk atap atau GPS tarik diri.

“Menurutnya lagi, waktu PAS ada 18 kerusi PAS jadi kerajaan. Waktu PAS banyak kerusi di PRU 15, PAS jadi pembangkang. “Ini macam kiamat”.

“Sebabnya PAS angkuh dan tamak. PAS derhaka titah Agong. PAS mahu jawatan Menteri Besar Pahang. Usaha beli 10 Ahli Parlimen Umno gagal. Cakap Tuan Ibrahim menakutkan. Usaha kerajaan tebuk atap belum berakhir,” katanya di Facebook pada Khamis.

Semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS yakin akan kembali menjadi sebahagian parti yang menerajui Putrajaya tidak lama lagi.

Beliau berkata, pemimpin luar negara yang menemuinya turut menyuarakan keyakinan masa depan Malaysia terletak di tangan parti itu dan Perikatan Nasional (PN).

“Kita punyai peluang menerajui (kerajaan) persekutuan dalam tempoh tidak lama lagi. PAS pasti bersama PN akan menerajui kerajaan pada masa hadapan.

“Saya dikunjungi ramai pimpinan, wakil kedutaan asing pimpinan negara luar yang membuat kesimpulan masa depan negara terletak pada PN dan PAS.

“Kita harus bersedia menerajui kerajaan, Pemuda mesti melengkapkan hakikat tersebut dan bersama pimpinan menerajui kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-64 di Shah Alam.

Dalam ucapannya, Tuan Ibrahim secara berseloroh berkata ketika parti itu menjadi kerajaan mereka hanya memenangi 18 kerusi Parlimen, sebaliknya kembali sebagai pembangkang selepas menang 43 kerusi dan ia “tanda kiamat semakin hampir”.

“(PRU15) Kita mencapai kemenangan, walaupun tidak memerintah negara. Waktu kita (menang) 18 kerusi (Parlimen) kita jadi kerajaan, waktu kita berada di kerusi yang besar (menang lebih banyak kerusi) kita jadi pembangkang.

“Ini antara tanda hampirnya kiamat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat