Wan Rosdy terima kunjungan pemimpin NGO Palestin

- Advertisement -

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat daripada NGO Palestinian Cultural Organization Malaysia yang diwakili Pengerusinya Encik Badereddin Sevam.

Menurut Wan Rosdy, pada pertemuan itu, Encik Badereddin menceritakan sendiri keadaan yang sedang berlaku di Palestin.

Dalam pada itu, kata Wan Rosdy, Kerajaan Negeri Pahang akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin yang dizalimi rejim haram Israel sejak 75 tahun lalu.

“Petang tadi saya menerima kunjung hormat daripada NGO Palestinian Cultural Organization Malaysia yang diwakili oleh Pengerusinya, Encik Badereddin Sevam yang menceritakan sendiri keadaan yang sedang berlaku di Palestin.

“Seperti mana yang saya nyatakan sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri Pahang akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin yang dizalimi rejim haram Israel sejak 75 tahun lalu,” ujar Wan Rosdy menerusi kenyataan Facebooknya, pada Rabu.

Tegas Wan Rosdy, Kerajaan Negeri Pahang juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) serta seluruh masyarakat antarabangsa bersatu hati untuk mengecam serta mendesak agar peperangan yang tercetus sejak 7 Oktober lalu dihentikan segera.

“Semoga rakyat Palestin dilindungi, dikasihi, diberikan kekuatan, ketabahan serta keadilan yang sewajarnya agar mereka dapat hidup aman dan damai di tanah air mereka sendiri. Insya-Allah.

“PAHANG BERSOLIDARITI BERSAMA PALESTIN,” katanya.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat