Kolaborasi Hazama & ST12 menghasilkan single berjudul ‘Harapan Tak Kunjung Usai’

- Advertisement -

Kolaborasi antara Hazama dan St12 untuk menghasilkan sebuah karya single terbaru yang bertajuk “Harapan Tak Kunjung Usai’, Bukti bahawa seni itu tiada sempadan mengukuhkan lagi kerjasama dan menaikan lagi industri muzik antara kedua dua negara.

Single yang telah dilancarkan di Jakarta pada 5 September 2023 ini menampilkan ST12, sebuah band Melayu terkenal dari Indonesia, dan penyanyi solo terkenal dari Malaysia, Hazama. Lagu ini mengisahkan tentang seorang wanita dan seorang lelaki yang sudah lama berkenalan tetapi wanita itu selalu membandingkan teman lelakinya dengan bekas teman lelakinya. Single ini dicipta oleh Pepep dari ST12 dan akan dibawakan tampa meninggalkan ciri-ciri ST12.

Menurut Ilham Febry atau Pepep, kolaborasi bersama Hazama merupakan satu pengalaman yang unik. Dia tahu bagaimana untuk memainkan nada dan menempatkan melodi yang manis.

“Aku tidak perlu bekerja keras kerana Hazama memang seorang penyanyi yang mempunyai teknik bagus. Jujurnya, walaupun ST12 pernah berkolaborasi dengan penyanyi lain, Hazama merupakan satu kolaborasi yang paling unik,”, ujarnya.

Sementara itu, Hazama menganggap kolaborasi ini sebagai satu peluang dan pencapaian terbaik untuk mempromosikan dirinya di Indonesia.

“Sebagai seorang penyanyi, saya merasakan kepuasan dapat dikenali di negara seberang.  Oleh sebab itu, saya bersetuju untuk mengambil peluang kolaborasi ini,” katanya.

“Saya berbangga dapat berkolabrasi dengan ST12 sebab sebelum berkolabrasi saya merupakan peminat mereka, bila dapat berkolabrasi ia merupakan peluang yang tak mungkin saya akan lepaskan,” katanya pada majlis pelancaran single tersebut di Tasik Titiwangsa baru-baru ini.

Proses rakaman ‘Harapan Tak Kunjung Usai’ yang telah dilakukan di Bandung, Indonesia itu berjalan lancar. Malah sejak lagu itu  di lancarkan terdapat beberapa komen di YouTube yang menyatakan dengan adanya kolaborasi bersama Hazama dan ST12 menjadikan single ini punya keistimewaannya.

Dato’ M. Nasir, selaku pengasas Luncai Emas Sdn Bhd, yang juga merupakan komposer terkenal Malaysia, yang menciptakan lagu Tiara, Isabella dan Nafas Cinta, juga berkata “gabungan dua artis popular ini, bakal memberi manifestasi kolaborasi lebih jelas kepada dua negara serumpun ini. ST12 yang kuat akar muzik melayunya bersama lunaknya suara Hazama menyanyikan lagu Harapan Tak Kunjung Usai ini dijjangka bakal hit di kedua-dua negara. Insyallah”.

Untuk rekod ST12 Live Concert In Malaysia akan berlangsung pada 10 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur dengan menampilkan Aris Idol, Firman Siagian dan Hazama sebagai artis undangan.

Tiket menyaksikan ST12 Live In Malaysia pada harga RM139 (Kepingan Hati), RM169 (Puspa), RM229 (Cukup Sampai Di Sini), RM289 (Putih Putih Melati) dan RM4099 (Jalan Terbaik – Royal Box VVIP).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat