KJ perli Tok Mat gila kuasa?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyindir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan kerana masih bertanding mempertahankan kerusi DUN Rantau meskipun sudah bergelar ahli Parlimen dan Menteri Kabinet.

Dalam podcast Keluar Sekejap, Khairy mempersoalkan tindakan Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno itu seolah-olah di DUN Rantau sudah tidak ada bakat politik baharu yang boleh diketengahkan sebagai ADUN.

“Kenapa dah jadi Ahli Parlimen, jadi Menteri nak bertanding jadi ADUN lagi, ini berlaku di Negeri Sembilan.

“Mesej tersirat yang dihantar ialah tak ada orang yang hebat di Rantau, dia sajalah yang hebat di kalangan Umno Rantau.

“Saya kesian juga Umno Rantau, ramai yang cerdik pandai ni. Ada ramai tapi dia nak ambil semua, ambil lah,” sindir Khairy.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan pula berkata, mungkin selepas Khairy keluar daripada Umno sudah tiada bakat lain.

“Tak tahu, lepas KJ keluar dari Umno, tak nampak siapa talent (calon) dalam Negeri Sembilan atau macam mana? sebab saya nampak ada beberapa talent Umno Negeri Sembilan,” ulasnya ringkas.

Hari ini, Mohamad membuat penampilan kelima bertanding kerusi DUN Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.

Mohamad berdepan tentangan satu lawan satu daripada calon Perikatan Nasional (PN) yang mengetengahkan Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau, Rozmal Malakan bagi merebut kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau berkata walaupun telah empat penggal berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu, beliau tidak memandang remeh pihak lawan pada pertandingan satu lawan satu itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat