Ahli Parlimen PAS Harap Ekonomi Madani Jadi Realiti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS berharap Ekonomi Madani:Memperkasa Rakyat yang diluncurkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dapat dipacu dengan berhasil dan direalisasikan seperti dirancang.

Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman berkata, setiap janji yang baik, ia disambut begitu juga tindakan yang baik akan dipuji meskipun daripada blok pembangkang.

“Kepada Ekonomi Madani yang ‘diluncurkan’ hari ini, selamat belayar ke samudera luas, dan semoga berhasil membawa kejayaan.

“Setiap janji yang baik, kita sambut. Setiap tindakan yang baik, kita puji. Setiap hasil yang baik, kita sanjungi,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Syahir menyenaraikan intipati Ekonomi Madani yang dibentang Perdana Menteri iaitu menstruktur semula ekonomi, mengangkat martabat negara dan memperkasa rakyat.

Kata beliau, dalam merangka sesebuah dasar fiskal, setelah sesuatu dasar ‘diluncurkan’ (semakan DBP: dilancarkan), setiap program akan ‘diperincikan’, kemudian disusuli dengan tindakan dan sasaran untuk pelaksanaan dan pemantauan.

Kita nantikan perincian kepada setiap slogan, janji dan sasaran yang ‘diluncurkan’ hari ini, dengan menyemak Pelan Hala “Tuju Peralihan Tenaga Nasional dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, serta Kajian Separuh Penggal RMK12, yang akan dibentangkan dalam masa terdekat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat