PRN Kedah: Baddrol, Radzi antara senarai calon PN

- Advertisement -

KEDAH: Perikatan Nasional (PNj kedah menampilkan bekas pemain bola sepak negeri Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Radzi Mat Din sebagai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.

Pengumuman itu dibuat pada Majlis Pengumuman calon PN Kedah di Kompleks Pas Kedah pada Rabu.

Baddrol Bakhtiar menjadi calon PN di DUN Gurun dan Radzi di DUN Alor Mengkudu.

Radzi pernah menjadi calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu namun tewas di Parlimen Pokok Sena.

Keputusan PRU-14 pada 2018 menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Mahfuz Omar menang kerusi Parlimen Pokok Sena selepas mendapat 28,959 undi, menewaskan Radhi (23,401) dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Said Ali Syed Rastan (18,390).

Sementara itu, Baddrol pula adalah penampilan kali pertama dalam arena politik sebagai calon PN pada PRN kali ini.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat