Pelajar Tingkatan 1 Maut Jatuh Dari Tingkat 2 Bangunan Sekolah

- Advertisement -

MELAKA – Pelajar perempuan Tingkatan 1 di sebuah sekolah menengah di Durian Daun, di sini, ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah, petang tadi.

Pelajar Orang Asli berusia 13 tahun itu ditemukan tukang kebun sekolah dalam keadaan tertiarap di atas jalan sebelum memaklumkan kejadian itu kepada guru.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu daripada guru sekolah berkenaan pada 2.30 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, polis mendapati mangsa yang berpakaian sukan sekolah hanya berstokin tanpa kasut serta dalam berkeadaan tertiarap di jalan dan berdarah di kepala.

“Siasatan awal mendapati bangunan kelas sekolah mempunyai tiga tingkat dan mangsa belajar di kelas tingkat dua.

“Kejadian dipercayai berlaku di tingkat dua bangunan sekolah itu, memandangkan kasut mangsa ada ditinggal di kaki lima tingkat terbabit,” katanya dihubungi di sini.

Christopher berkata, setakat ini tiada saksi melihat kejadian itu dan siasatan tidak menemukan kesan perbuatan jenayah.

“Polis masih menyiasat motif kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat,” katanya. – HMetro

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat