‘Mereka dalam ketakutan’, guna pihak berkuasa sekat kemaraan rakyat – Sanusi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa kerajaan sekarang dalam ketakutan dan menggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kemaraan rakyat.

Dakwa Sanusi, kerajaan menggunakan Polis untuk menahan dan menyekat ucapan-ucapan pimpinan Perikatan Nasional.

“Nampaknya ahli politik (kerajaan) telah bankrup meggunakan pihak berkuasa untuk menyekat kemaraan rakyat.

“Saya harap ini adalah satu pentunjuk atau pentanda bahawa mereka sedang dalam ketakutan.

“Dan segala agensi kerajaan digunakan untuk menyekat perkembangan dan kehangatan rakyat. Saya harap PRN akan datang 6 negeri dapat dimenangi oleh Perikatan Nasional.” katanya di sidang media.

Dalam pada itu, dakwaan pendakwaan yang dihadapi beliau adalah untuk menjejaskan peluang beliau untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Kedah pada 12 Ogos depan.

Terdahulu, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini pada Selasa.

Muhammad Sanusi, 48, yang juga Menteri Besar Kedah, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin.

Sanusi didakwa atas satu pertuduhan didapati telah melakukan perbuatan dengan kecenderungan menghasut untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja pada Selasa minggu lalu.

Beliau dituduh melakukan kesalahan terbabit di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara – Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam, pada 11 Julai lepas.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat