Kerajaan Perlu Beri Penjelasan Jujur Berkaitan Projek HSR KL-Singapura – Zin Mohamed

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kerajaan perlu memberi penjelasan lebih terperinci dan jujur sekiranya benar-benar merancang untuk menghidupkan semula projek HSR KL-Singapura.

Timbalan Pengerusi Proklamasi Orang Melayu Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, aspek seperti manfaat kepada negara dan rakyat Malaysia juga perlu diperjelaskan.

Beliau juga mempersoalkan apakah projek ini benar-benar dihidupkan semula setelah pembayaran pampasan kepada Singapura sebanyak USD76.25 juta (RM 349,938,321 .00).

“Banyak faktor yang perlu dipertimbangkan semula berdasarkan rundlngan sebelumnya apabila projek ini dibatalkan.

“Kebolehlaksanaan projek ini harus memberi keutamaan kepada kedasama yang memberikan manfaat yang sewajarnya kepada Malaysia dan Singapura berdasarkan prinsip situasi menang-menang,” katanya, dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau turut menekankan untuk ketelusan agar rakyat dapat membuat penilaian berdasarkan maklumat yang tepat dan menghindari persepsi negatif dan berharap projek ini benar-benar akan memberikan manfaat kepada penduduk tempatan di sepanjang laluan.

“Apakah kerja pembinaan akan diberikan kepada syarikat Malaysia dan apakah setiap perjalanan akan berhenti di setiap stesen serta memberikan manfaat ekonomi dari Singapura. Rakyat perlu dilibatkan dalam kajian ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga berpendapat bahwa Malaysia sepatutnya memainkan peranan utama dalam rundingan projek ini, memandangkan lebih dari 90% infrastruKur projek akan berada di Malaysia.

“Malaysia seharusnya memimpin perbincangan dan rundingan kerana kesan yang paling besar termasuk kesan ekonomi akan dirasakan di Malaysia,” ujarnya lagi.

Dalam konteks kewangan, beliau mengingatkan kerajaan tentang implikasi kos dan kerugian yang ditanggung sebelumnya akibat komitrnen tanpa penelitian yang sewajarnya.

Meskipun pembiayaan projek ini melalui sektor swasta, memberikan konsesi kepada syarikat yang dilantik tetap memberikan liabiliti kontinjen kepada negara.

Beliau juga menyebutkan kos-kos lain seperti penubuhan agensi dan syarikat, kos tenaga kerja, dan pentadbiran yang harus ditanggung oleh kerajaan.

Namun demikian, beliau menyatakan keterbukaan untuk terus memantau perkembangan projek ini.

Pihaknya mengambil pendekatan terbuka dan benar-benar memberi manfaat kepada negara dengan memberi situasi menang menang kepada Malaysia & Singapura, serta mahukan jaminan pihak kerajaan kepada rakyat Malaysia dan khususnya kepada penyertaan bumiputera dalam pelaksanaan projek berkenaan.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat