Anwar Ibrahim Gagal Untuk Memahami Kenyataan Mahathir.

- Advertisement -

Kuala Lumpur, 11.7.2023: Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam “International Malaysia Law Conference 2023” yang telah memutarbelitkan satu komentar Tun Dr. Mahathir yang ditujukan kepada Democratic Action Party (DAP), adalah jelas bahawa Perdana Menteri ke-10 ini tidak memahami intipati yang cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir.

Pertama, kritikan yang dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah khas ditujukan kepada para pemimpin DAP yang sering mendesak beliau untuk melakukan perkara-perkara yang tidak wajar selepas PRU-14 semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Kenyataan Tun Dr. Mahathir tidak ditujukan kepada masyarakat bukan Melayu/Bumiputera, tetapi hanya kepada sikap DAP yang semakin melampau, terutamanya apabila Pakatan Harapan telah mendapat kuasa untuk memerintah negara pasca PRU-14 (tahun 2018) yang lalu

Kedua, kita semua memahami dan mengakui bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan tidak ada sesiapa (termasuk Tun Dr. Mahathir) yang boleh menidakkan fakta tersebut.

Apa yang ingin diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah sikap sebilangan besar pemimpin DAP yang gagal untuk memahami bahawa hak istimewa orang Melayu/Islam itu tidak boleh diganggu gugat kerana telah terpelihara di dalam perlembagaan persekutuan.

Ketiga, hakikatnya orang Melayu/Bumiputera harus diberikan tumpuan kerana kita merupakan kelompok majoriti dan sekiranya tiada fokus diberikan dari sudut pembangunan sosio-ekonomi dan representasi politik, sudah tentu ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang bakal merencatkan pembangunan seluruh negara.

Kepentingan orang Melayu/Bumiputera harus diberikan tumpuan, tetapi tidaklah sehingga menidakkan hak kaum-kaum lain di negara ini yang juga perlu diperkasakan demi pembangunan saksama yang menyeluruh.

Kesimpulannya, Anwar Ibrahim tidak berupaya atau enggan untuk memahami mesej yang disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengkritik kejumudan pemikiran pemimpin DAP yang bersifat “Sinocentrism” yang berlindung disebalik slogan Malaysian Malaysia.

Saya amat berharap agar Anwar Ibrahim bermuhasabah dan janganlah kerana terlalu ingin menjaga hati DAP sehingga sanggup untuk menggadaikan maruah bangsanya sendiri demi kepentingan politik.

Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin
Pengerusi
Penggerak Komuniti Negara

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat