Tun Faisal, Ras Adiba Radzi sertai Bersatu

- Advertisement -

Seremban: Mantan Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Tun Faisal Aziz dan bekas Pengerusi Bernama, Ras Adiba Radzi disahkan sebagai ahli Bersatu oleh Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua personaliti ini menerima sijil keahlian Bersatu di hadapan kira-kira 2000 orang penyokong Perikatan Nasional yang hadir dalam majlis Pelancara Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan.

Tun Faisal yang juga merupakan mantan Exco Pemuda UMNO dipecat dari parti tersebut pada Januari lalu atas sebab mengkritik Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tun Faisal memilih menyertai Bersatu kerana percaya beliau boleh memainkan peranan yang lebih baik demi kepentingan agama, bangsa dan negara selepas mendapati UMNO telah hilang nilai perjuangan tersebut.

“Saya ialah orang yang percaya kepada jemaah atau bekerja dalam organisasi, jadi saya perlu berada dalam satu-satu organisasi untuk membantu perjuangan yang saya percaya.

“Bagi saya, PAS atau BERSATU, sama saja kerana kedua-duanya berada di bawah PN. Bagaimanapun, melihat kepada aspek di Putrajaya, tempat yang saya sudah biasa, Ahli Parlimen Datuk Dr Radzi Jidin yang mewakili Bersatu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat