DAP, PH Wajib Mulakan Kempen Undi UMNO, BN Mulai Hari Ini – Afifi

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sekarang adalah masanya untuk DAP dan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan kempen kepada penyokong mereka supaya mengundi calon UMNO-Barisan Nasional (BN) bagi membuktikan keikhlasan terhadap penubuhan Kerajaan Perpaduan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Aris berkata, pihaknya sedar ada kalangan pemimpin DAP membuat kenyataan untuk membantu BN, namun ia belum mencukupi jika setakat kenyataan itu sahaja.

“DAP perlu membuktikannya melalui tindakan segera dan bukan membiarkan ahli tercari-cari naratif sendiri yang menyebabkan mereka terpedaya dengan dakyah parti lawan.

“DAP tidak akan bertembung dengan kerusi UMNO-BN, tetapi BN memerlukan undi DAP di kawasan pinggir bandar dan luar bandar yang mempunyai ahli dan pengundi mereka jika calon BN yang diletakkan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Justeru, naratif perlu diperbetulkan, bagi membuktikan keikhlasan mereka terhadap penubuhan Kerajaan Perpaduan hari ini, DAP wajib mulakan kempen yang agresif bermula dari sekarang,” katanya, menerusi satu kenyataan hari ini.

Uajarnya lagi, DAP dan PH wajib mengajak ahli dan pengundi setia mereka untuk memberikan kemenangan kepada calon BN.

“Ingat, yang terbenam dalam fikiran rakyat terhadap UMNO-BN tidak boleh berubah sekelip mata dalam tempoh kempen PRN nanti kerana ianya disemai, didoktorin serta dimomok sejak berpuluh tahun lalu.

“Pelbagai kempen, tohmahan dan dakyah kepada UMNO-BN setiap kali kempen pilihan raya umum (PRU) menyebabkan pengundi BN merosot bermula PRU-12 (2008) hingga kemuncaknya PRU-14 dan PRU-15 yang menyebabkan BN gagal menubuhkan kerajaan.

“Kemenangan PRN amat penting untuk memastikan kelangsungan Kerajaan Persekutuan yang berbaki lagi empat tahun sebelum PRU-16 berlangsung,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat