Usah takutkan pemerintahan orang Melayu dengan ‘gelombang hijau’ – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan Perikatan Nasional (PN) supaya tidak cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan ‘gelombang hijau’.

Bekas Perdana Menteri berkata, Malaysia ditadbir oleh kerajaan majoriti Melayu selama 60 tahun.

“Dan sepanjang tempoh itu, pembangunan yang pesat telah berlaku.

“Bahkan kaum bukan Melayu mencapai banyak kemajuan.

“Hal demikian tak usahlah cuba menakutkan pemerintahan orang Melayu dengan menconteng mereka warna hijau,” tegas beliau pada Jumaat.

Sebelum ini, PAS melalui PN optimis dan konsisten dengan misi untuk mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah seterusnya menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Gelombang hijau yang berlaku pada PRU15 lalu menyaksikan PN telah menyapu bersih kesemua kerusi Parlimen di Kelantan, Terengganu dan hanya tewas satu kerusi di Kedah.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat