Kerajaan Persekutuan cuma tanggung belanja rumah terbuka di negeri Pantai Timur – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rumah Terbuka di Putrajaya sebelum ini yang dianjurkan oleh kerajaan yang dianggotai Perikatan Nasional (PN) sebenarnya lebih mahal ini kerana ia melibatkan 100,000 kehadiran.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata, manakala kehadiran di enam rumah terbuka yang dipertikaikan ini adalah untuk kehadiran 10,000 setiap satu, sebab itu kosnya lebih murah.

“Kerajaan Persekutuan hanya menanggung belanja sepenuhnya di tiga negeri sahaja – Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, ia dikendalikan dan dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri ini, jadi ia mengurangkan belanja Kerajaan Persekutuan.

Menurut Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR lagi, kalau Kerajaan Persekutuan tidak turun ke Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka pertikai kata kami pinggirkan rakyat negeri pembangkang.

“Bila kami turun menyantuni rakyat, mereka kata kami membazir dan berkempen.

“Sebelum ini mereka kata Kerajaan Persekutuan tidak bagi peruntukan. Bila saya jawab di Parlimen bagaimana Kelantan, Terengganu dan Kedah dapat keutamaan dan peruntukan yang lebih banyak, mereka kata itu belum cukup sebab Sabah Sarawak dapat lebih banyak,” katanya.

Siri pertikaian PN ini tidak akan habis. Ini asam garam politik, ujar Rafizi.

“Pandangan saya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing perlu tumpu buat kerja. Kami ada tanggungjawab seperti membaiki ekonomi, mengurangkan hutang negara dan memastikan kebajikan rakyat terjaga.

“Menteri Besar Kedah juga ada tanggungjawab perbaiki bekalan air di Kedah. Jangan sampai berulang lagi rakyat Kedah beraya tanpa bekalan air macam tahun ini,” bidas beliau.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pandan itu turut menyifatkan ini mungkin musim raya yang paling panas dalam sejarah negara.

“Jangan lupa minum air kosong banyak-banyak supaya kita tidak mengalami dehidrasi yang boleh membahayakan kesihatan. Musim raya juga jadi panas apabila tradisi rumah terbuka dipertikaikan dan menjadi isu politik.

“Esok, hari Sabtu 29 April, saya bersama-sama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan-rakan lain akan menyantuni orang ramai di Rumah Terbuka Kerajaan Persekutuan bersempena Aidilfitri di Alor Setar.

“Wujud pertikaian kononnya rumah terbuka yang dibuat di luar Lembah Klang ini satu pembaziran dan bertujuan untuk berkempen.
Pertama, Jemaah Menteri memutuskan untuk mengadakan rumah terbuka di negeri-negeri kerana belanjanya lebih murah berbanding dengan yang dibuat sebelum ini di Putrajaya,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat