Pilih Pemimpin Yang Tepat, Jangan Jadikan Nasib Umno Sama Seperti Golkar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Umno bakal menerima nasib sama seperti Parti Golongan Karya (GOLKAR) di Indonesia apabila pemimpinnya terus mahu memimpin, walaupun ketika parti itu ditolak rakyat negara berkenaan.

Hal demikian, bekas Ketua Umno Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail menggesa, ahli Umno perlu membuat pilihan tepat dalam pemilihannya pada 18 Mac ini, selepas pengundi Melayu menolak parti itu secara total pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Beliau berkata, pemimpin baharu perlu dipilih bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terutama orang Melayu kepada parti itu.

“Pada PRU15, secara total Umno ditolak orang Melayu, saya rasa Umno cuma dapat undi daripada ahlinya sahaja. Saya harap perwakilan cari pemimpin yang boleh membantu Umno mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Sebab Umno adalah parti teras parti yang banyak berjasa banyak kepada negara. Jangan jadi seperti GOLKAR apabila kalah, pemimpin tidak mahu berundur,” katanya lapor BH di Alor Setar pada Rabu.

Mohd Yusof berkata, Umno perlu mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya melalui perubahan dalam parti itu atau berhadapan situasi tidak lagi diterima orang ramai.

“Kita lihat apa terjadi pada GOLKAR, pemimpin yang sama tetap mahu memimpin parti itu dan sehingga hari ini parti itu tidak boleh bangun.

“Jadi jangan jadikan Umno seperti apa yang berlaku kepada GOLKAR, kembalikan keyakinan rakyat dengan kepimpinan UMNO yang baharu,” katanya.

Pada September tahun lalu, Mohd Yusof digantung keahlian Umno selama enam tahun, namun pihak Lembaga Disiplin Umno kemudian membuat keputusan menangguhkan hukuman itu sementara.

Bagaimanapun, dalam langkah pembersihan Umno baru-baru ini, penggantungan itu kembali dikuat kuasa menyebabkan hukuman itu kembali berjalan ke atasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat