Annuar Luah Hasrat Kembali Berparti Sebagai Ahli Biasa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menawarkan diri untuk menyertai mana-mana parti politik yang benar benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.

Dalam hantaran di Facebooknya, bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu menyatakan hasratnya untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti.

“ Sejak tahun 1979 yakni 43 tahun lalu, saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya,sehinggalah saya dibuang dari parti tersebut Disember lalu.

“Kini sudah 3 bulan saya tidak berparti.Masa tersebut saya gunakan untuk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara.

“Tiba masanya kini untuk saya memikirkan secara serius untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti,dengan memilih parti yangsesuai dgn jiwa perjuangan saya,dan parti yang benar benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara,” jelas Pengerusi NGO Muafakat Nasional (MN) itu lagi.

Malah beliau turut berharap ada parti politik yang sudi menerima penyertaannya.

“Semoga ada parti yang sudi menerima saya untuk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka.

“Kepada Allah saya berserah,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat