500 Anak Jati Pahang Di Lembah Klang Anjur Aktiviti Sukan Erat Silaturrahim

- Advertisement -

BANGI — Penganjuran Program Kejohanan Bola Sepak 9’s Anak-Anak Pahang Lembah Klang 2023 akan terus diperkasa bagi mengekalkan hubungan silaturrahim diantara mereka.

Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi (PEKAP), Mohd Herman Awang berkata pihaknya berharap agar lebih banyak lagi aktiviti yang akan diadakan pada masa akan datang.

Herman turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy yang telah menaja hadiah untuk program berkenaan.

“Saya ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini terutama kepada anak anak Pahang yang mengambil bahagian serta yg hadir memeriahkan di anggarkan sekitar 500 orang”

“Saya dan Ahli Jawatankuasa Biro ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy yang telah menaja hadiah kemenangan kepada pemenang. Terima Kasih,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Program Kejohanan Bola Sepak 9’s Anak-Anak Pahang Lembah Klang 2023 yang diadakan Sabtu lepas di Padang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi dirasmikan oleh Exco Belia dan Sukan Pahang, Fadzli Kamal.

Program berkenaan turut mendapat tajaan oleh rakan strategik, MAMEE-Double Decker (M) SB, RedOne dan H&D Associates Consultancy SB.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat