“Selagi Bernyawa Saya Akan Terus Bersuara” – Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selagi ada nyawa, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus bersuara.

Tegas bekas Perdana Menteri itu, apa yang tidak betul akan terus beliau suarakan walau pahit untuk didengar oleh kumpulan yang tidak hilang deposit.

“Saya dapati sejak selepas pilihan raya, setiap kali saya menegur atau menyatakan kerisauan berkait perkembangan semasa, saya disuruh berehat dan diam kerana kalah di dalam pilihan raya dan hilang deposit.

“Saya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam kerana hilang deposit,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pun begitu, bagi Dr Mahathir setiap kebenaran itu perlu dinyata walaupun yang mendengarnya hanya seorang.

“Jika tidak ada seorang pun yang mendengar, kebenaran tetap perlu dinyatakan.

“Kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti atau yang tidak hilang deposit. Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa sahaja keputusan majoriti walaupun salah,” bidas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat