Kerajaan kekal tak benarkan pengeluaran KWSP – Ahmad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan kekal berpendirian untuk tidak membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) termasuk secara bersasar sebaliknya akan menggunakan kaedah lain bagi membantu golongan rakyat yang terkesan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kebenaran bagi pengeluaran KWSP sudah diberikan sebanyak empat kali ketika pandemik COVID-19 sebelum ini dan negara yang melakukan perkara sama, turut tidak lagi membenarkan pengeluaran wang caruman itu.

Katanya, berdasarkan rekod, seramai 6.7 juta atau 51.5 peratus pencarum di bawah usia 55 tahun kini mempunyai simpanan RM10,000 dan ke bawah.

“Saya kira dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim), ada kaedah lain untuk membantu kumpulan ini.

“Apabila kita melihat kepada angka, mereka yang layak (untuk membuat pengeluaran), sebenarnya mereka tidak mahu keluarkan pun, masalahnya bagi yang sikit (simpanan), makin sikit pengeluaran (untuk dilakukan).

“Walaupun mereka akan ada gaji, tapi struktur gaji di Malaysia ini adalah rendah. Kita ingin pastikan rakyat berpendapatan tinggi, maka KWSP mereka merentas kaum juga akan tinggi dan ini antara perkara utama yang ingin kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat