Azmin Umum Rehat Sebentar Daripada Arena Politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik dan mahu membuat perancangan baharu.

Pun begitu bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) itu menerusi ciapan di laman Twitter miliknya, berkata beliau akan terus bertekad untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara.

“Kepada semua rakyat Malaysia, ini adalah rehat seketika dalam kerjaya saya untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memikirkan perancangan baharu.

“Namun begitu, tekad saya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat tidak akan putus,” katanya.

Sebelum ini, PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang perlu diadakan sebelum Jun tahun ini.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya PN Selangor, Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanafi, berkata peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar Selangor itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa untuk kembali memimpin negeri ini.

Dr Zulkafperi berkata, PN juga yakin ke arah itu berdasarkan pengalaman Mohamed Azmin yang pernah menjadi Menteri Besar Selangor dari 2014 hingga 2018 dan ADUN Bukit Antarabangsa sejak 2008.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat