Mahathir Umum Keluar Pejuang

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri dua kali, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru diasaskannya kira-kira dua tahun lalu.

Perkara tersebut diumumkan Timbalan Presiden Pejuang Datuk Marzuki Yahya menerusi kenyataan di Facebook sebentar tadi.

Selain Mahathir, dua belas pemimpin lain termasuk Marzuki turut menandatangani pengisytiharan keluar parti tersebut.

“Kami dengan ini mmaklumkan bahawa kami tidak lagi menjadi ahli Pejuang berikutan keputusannya memutuskan hubungan dengan (parti gabungan) Gerakan Tanah Air (GTA).

“Keputusan Pejuang memutuskan hubungan GTA secara langsung menyingkirkan kami dari kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.

“Bagi kami matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatu padukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan juga orang perseorangan yang berprinsip dan berpegang kepada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.

“Di atas kesedaran ini, kami memlih meneruskan perjuangan itu melalui GTA,” kata kenyataan yang ditandatangani 13 pemimpin pejuang itu.

Untuk rekod, Dr Mahathir menubuhkan Pejuang pada 2020 setelah beliau disingkirkan dari Bersatu, yang merupakan parti pertama yang diasaskannya pada 2016 selepas beliau mengumumkan keluar UMNO pada tahun yang sama.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat