SRC: Adakah Najib cuba memainkan kad mangsa ? – Hanipa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Langkah Datuk Seri Najib Razak menukar barisan peguam dalam kes rayuan SRC di Mahkamah Persekutuan didakwa satu cubaan memulakan strategi baru.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dalam catatannya mendakwa, barisan peguam baru ini akan membuat permohonan untuk menangguhkan kes SRC ini untuk memberi mereka lebih masa untuk bersedia menghadapi kes tersebut.

“Barisan peguam Najib kata, sekiranya mahkamah tidak menangguhkan kes ini, mereka akan menarik diri dari mewakili Najib Razak.

“Adalah agak adil untuk barisan peguam Najib meminta menangguhkan kes ini tetapi agak membingungkan kenapa barisan peguam Najib mengambil kes tersebut pada saat-saat akhir kerana adalah amat sukar untuk mana-mana barisan peguam bela menyediakan pembelaan untuk klien, terutama untuk kes seperti SRC yang rumit ini.

“Adalah agak membingungkan juga, Najib masih lagi mengunakan khidmat Peguam Bela Pasukan dari Tan Sri Shafee Abdullah untuk kes 1MDB,” kata Hanipa.

Susulan situasi semasa itu, beliau menyenaraikan beberapa persepsi terhadap perkembangan terbaru kes bekas Perdana Menteri itu, pertama; kenapa pasukan guaman ini berani mengambil kes Najib pada saat-saat akhir ? Adakah kerana bayarannya mahal, sehinggakan tidak terdaya untuk menolaknya ?

” Kedua, adakah barisan peguam baru Najib merasakan, dengan mengambil alih kes ini pada saat-saat akhir pasti pihak mahkamah akan meluluskan permohonan untuk menangguhkan kes tersebut. Ketiga, adakah Najib memikirkan strategi baru iaitu cuba membina persepsi pandangan rakyat bahawa sekiranya pihak mahkamah menolak permohonan untuk menangguh kes ini, terutama ketika Najib baru sahaja mendapatkan barisan peguam pembelaan yang baru, memberi persepsi Najib tidak mendapat a fair trial (tidak mendapat pembicaraan yang adil).

“Adakah Najib cuba memainkan a victim card (kad mangsa)? soal Hanipa lagi.

Juga katanya,adakah Najib ingin menggunakan strategi undang-undang ini, sekiranya didapati bersalah oleh empat hakim Mahkamah Persekutuan.

Jadi soal Hanipa, adakah dengan mengubahkan strategi memainkan persepsi ini dan mencari simpati rakyat ?

” Terakhir, adakah Najib sudah hilang keyakinan terhadap kes ini, setelah melihat apa yang berlaku di Amerika Syarikat.Di mana bekas Pegawai Bank Goldman Sachs, Roger Ng didapati bersalah oleh Mahkamah di Amerika Syarikat didalam skandal kes 1MDB, walaupun diwakili oleh barisan peguam yang terbaik di Amerika,” dakwa Hanipa lagi.

kredit foto: Malaysia Dateline

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat