Sebelum ini, kisah percintaan antara jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dengan bekas pembantu peribadainya, Ahmad Iqbal Zulkifli jadi bualan ramai dan dikhabarkan bakal berkahwin Disember ini tetapi telah pun dibatalkan.
Terbaharu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal kini mencari pencipta lagu dan menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 sahaja dan mungkin mahu menceburi bidang nyanyian selepas kecewa.
Perkara tersebut mendapat perhatian Caprice dan menawarkan diri untuk mencipta lagu bersama. Lantaran itu, Iqbal turut bertanya kepada pengikutnya sama ada ‘ok’ untuk dia minta Caprice cipta lagu untuknya.
Tambahnya, dia yang bukan dari industri muzik tidak mahu dilabel merosakkan industri muzik jika tidak mampu bernyanyi dengan baik. Malah, dia juga tidak mahu merosakkan nama komposer.
The Vocket