ASEAN Akan Runding Pendirian Kerjasama 3 Hala Dengan UK, AS, Australia – Hishammuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) November depan dijangka membincangkan dan menyimpulkan pendirian pertubuhan negara serantau Asia Tenggara berhubung kerjasama tiga hala Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) atau (AUKUS).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, memberitahu mesyuarat membabitkan 10 menteri pertahanan negara ASEAN dan dipengerusikan Brunei itu diharap dapat mencari persefahaman serantau terhadap isu AUKUS.

“Bulan depan ada ADMM ia dipengerusikan Brunei dan ini menjadi platform penting mengukuhkan kerjasama pertahanan di peringkat serantau.

“Pada masa sama, saya pasti AUKUS akan dibincangkan dengan harapan ia dapat mengukuhkan kesefahaman antara anggota ASEAN dalam pendirian terhadap perkara ini.

“Jadi, usaha secara dua hala telahpun saya usahakan dan akan berterusan, tetapi kita berpeluang pada ADMM di mana 10 menteri pertahanan ini akan berkumpul dan memikirkan kalau kita dapat bersetuju kepada satu pendirian bersama,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Hishammuddin berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) sama ada Malaysia akan memanfaatkan kerjasama pertahanan di peringkat ASEAN berhubung isu AUKUS.

Selain Malaysia dan Brunei, negara anggota ASEAN yang lain ialah Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat