Tun M hargai DG, namun cadang cari solusi rawat pesakit positif Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menghargai khidmat Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham.

Tetapi katanya, wabak ini agak terlalu besar untuk ditangani oleh seorang sahaja.

Bekas Perdana Menteri itu menberitahu, baru-baru ini seorang dari keluarga beliau dijangkiti Covid-19.

“Dia tidak dapat dimasuk hospital kerana tidak teruk. Sebaliknya ia diarah kuarantin di rumahnya.

“Tetapi semasa di rumah keadaannya menjadi teruk sehingga tidak dapat bernafas. Maka dia pun dimasuk ke hospital.

“Masalahnya semasa dia berada di rumah, penyakitnya dijangkit kepada ahli keluarga di rumah. Saya percaya ia tidak dapat dimasuk hospital awal kerana jumlah yang dijangkiti terlalu ramai. Tiap hari 4000 dikesan,” kata Dr Mahathir.

Ujar beliau, namun demikian, jika pesakit berada di rumah, ahli keluarga akan dijangkiti.

“Maka lebih ramailah yang terjangkit. Sepatutnya mereka dimasuk ke dalam kuarantin berasingan dari keluarga.

“Jika selepas sekian lama pesakit mungkin sembuh atau perlu dirawat dalam hospital. Setelah didapati tidak ada jangkitan maka bolehlah balik ke rumah.

“Sudah tentu tempat kuarantin hendaklah sesuai. Dari gambar yang diperolehi katil-katil terlalu dekat dan apabila ada lawatan pembesar pesakit akan berkumpul. Ini akan menyebabkan jangkitan merebak.

“Sesungguhnya ada banyak cara dan amalan yang boleh kurangkan jumlah jangkitan.

“ Diharap doktor-doktor pakar dapat berbincang dengan pegawai Kerajaan,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat