KUALA LUMPUR: Tiada strategi untuk kekal relevan, Hun Haqeem menjadikan pengalaman bekerja dalam produksi drama sebagai proses pembelajaran meningkatkan keupayaan diri.
Hun yang menjadi sebutan ramai dengan watak Luqman menerusi drama Angkara Cinta, mengaku perlu sentiasa memperbaiki kelemahan.

“Saya perlu melakukan apa yang sudah dimulakan sehabis baik dan berusaha membuatkan ramai orang berbangga,” katanya kepada BH Online.
Hun atau nama sebenar, Haqeem Hermy, berkata, ketika ini, perhatian diberi kepada penggambaran drama Angkara Cinta.
Melalui drama itu, Hun dan pelakon baharu, Meerqeen menjayakan watak adik-beradik dan untuk kali pertama, Hun bergandingan dengan Wanna Ali.
“Penggambaran masih diteruskan kerana ada 90 episod. Sekarang baru 60 peratus penggambaran siap.
“Kami dijangka berada di lokasi sehingga Februari depan,” katanya yang sedang menanti kemunculan drama Dayang Senandung.
Berita Harian