Dah penat tanya Ziana…

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dari tahun ke tahun, persoalan mengenai single terbaharu penyanyi Ziana Zain sering tergantung tanpa jawapan pasti.

Empunya diri pun sukar menjawab persoalan berkenaan. Bagaimanapun, jauh di sudut hati, keinginan keluar dengan karya baharu tetap tersemat dalam hati.

“Persoalan nampak mudah, namun hakikatnya susah nak jawab. Kalau nak suruh keluar album sewaktu pandemik COVID-19 ini, mungkin lebih baik simpan duit untuk kegunaan perkara yang tak terduga.

“Tapi, Alhamdulillah jika dapat buat single baharu. Saban tahun peminat dan media mungkin sudah penat bertanya, kesudahannya tiada juga lagu yang dikeluarkan.

“Saya tak berani mengambil risiko mengeluarkan single sekadar tangkap muat untuk memuaskan hati orang lain,” katanya kepada BH Online.

Pemilik nama Siti Roziana Zain itu berkata, hingga saat ini, dia belum mendapat lagu yang menangkap hatinya.

“Saya tak pernah putus berdoa menerima lagu yang diinginkan. Saya mahukan karya yang boleh memberikan manfaat kepada pendengar.

“Saya faham menjadi penyanyi perlu ada produk baharu. Tetapi, tiada gunanya jika keluar lagu baru pun dan tidak diputarkan di corong radio, sebaliknya lagu lama juga menjadi pilihan.

“Jadi, dalam soal ini, saya pula jadi serba salah,” katanya.

 

Ziana Zain belum menemui karya yang menangkap hati untuk dijadikan single baharu. - Foto IG Ziana Zain
Ziana Zain belum menemui karya yang menangkap hati untuk dijadikan single baharu. – Foto IG Ziana Zain

 

Penyanyi yang popular dengan lagu Madah Berhelah itu berkata, dia baru muncul dalam rakaman program Salam Dari Maya bergandingan dengan Liza Hanim, baru-baru ini.

Menerusi program terbitan Mac Training Centre Sdn Bhd dengan kerjasama FunkyBrigade Media Works Sdn Bhd, RCD Big Studio dan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) itu, pengacara, Isma Halil sempat bertanya apakah lagu kemenangan Ziana sejak lebih tiga dekad bergelar anak seni?

Penerima trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 1995 pantas menjawab lagu Puncak Kasih.

“Selepas beberapa tahun bersaing dalam Anugerah Juara Lagu (AJL), lagu Puncak Kasih dinobatkan sebagai pemenang kategori balada pada AJL 1998. Album keempat yang memuatkan lagu berkenaan juga dinobatkan Album Pop Terbaik, Anugerah Industri Muzik 1998.

“Satu perjalanan yang panjang dan sukar, tetapi saya percaya rezeki tidak akan salah alamat, biarpun perlu menunggu.

“Saya sendiri terkejut dan terduduk pada saat diumumkan Bintang Paling Popular, ABPBH pada 1995,” katanya.

Awal tahun lalu, Sony Music mengambil inisiatif mengeluarkan album kompilasi, Greatest Hits Remastered, yang menemui peminat di platform digital.

Ia memuatkan 22 lagu seperti Dingin, Puncak Kasih, Anggapanmu, Madah Berhelah, Melara Jiwa, Berpisah Jua, Syurga Di Hati Kita dan Terkenang Jua.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat